Tuesday, January 14, 2014

Cinta

Petang itu sunyi. sama sunyi seperti hatinya. kosong. dia buang pandang ke depan. masih kosong. dia cuba memecah sunyi dengan menyanyi. cuba menggembirakan hati sendiri. tapi masih hatinya rasa kosong.

kenapa? itu soalan yang paling kerap dia tanyakan. kenapa dia. kenapa bukan orang lain. kenapa ujiannya berbeza. kenapa itu kenapa ini. kenapa!!

tiba-tiba.. (seperti babak yang selalunya berlaku dalam filem-filem Melayu) matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang sibuk mengorek sisa-sisa daripada tong sampah yang kotor. ugh! jijik!

" Kau jijik dengan aku. sama macam orang lain jijik pada kau. jadi, kau rasa apa bezanya aku dengan kau?" Si pengemis bersuara.

"Ah! kau jangan samakan aku dengan kau! kita tak sama! langsung!"

" Betul. bezanya kita, aku cuba cari jalan ke arah Tuhanku. dan kemana arah kamu?"

Si pengemis berlari riang selepas berjaya menjumpai sisa seketul ayam yang dibuang dalam tong sampah.

" SYUKUR YA ALLAH, ATAS REZEKI YANG KAU BERIKAN BUATKU. SYUKUR YA ALLAH, JADIKAN AKU HAMBAMU YANG BERSYUKUR. SYUKURRR" laung si pengemis. mukanya bersinar semacam baru sahaja menang hadiah rm3juta.

dan semudah itu, dia rasa ditampar. perit.

paket jernih dalam genggaman tangan direnung. dilemparkan sejauh mungkin. Tuhan, bantu aku cari jalan menuju KAMU.


No comments: