Monday, October 29, 2012

exactly

Dont want to let go..let go.. let go of you.

"kadang-kadang apa yang engkau mahukan itu, mungkin racun bagimu. hati dan akal selalu tak bergerak selari. sengaja bikin manusia keliru."

"tapi bila bicara soalnya hati. ubat paling mujarab. hanya bila dia berhenti. "


pisau itu ditusuk tepat di bahagian sebelah kiri sedikit dari tengah dada.


           " I want to tell you so
                 before the sun goes dark
             how to hold my heart
                 cause I dont want to let go.. let go.. let go
            of you."
     








yeah. exactly.




Wednesday, October 24, 2012

jantung hati

Petang itu redup. Hembusan asap beracun yang keluar daripada corong hidungnya rasa segar. mint.

"apa yang sedap sangat ntah"  tapi mulutnya terus menyedut kepulan asap beracun itu

" yang kau cuba siapa suruh?" suara itu menegur. selamba.

"dah terbiasa" balasnya.

earphone dicucukkan ditelinga. Pemain Cd itu terus memutarkan lagu. Dia dalam dunianya sendiri. zip beg ditutp rapat. Dia harus memulakan perjalanannya kembali.

"tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu woww" laungnya sekuat hati. mengikut alunan lagu yang hanya dia yang dengar. ada beberapa pasang mata yang sedang memerhati.  "Fuck off.. " selamba dia berkata.

"tak sudah-sudah perangai mencarut kau tu"

 "aku unik"

dia masih meneruskan perjalanannya. tiket bas di tangan digenggam rapi.

" ku berpegang pada janji, tercipta antara kita dulu..."

"sudahlah, nanti orang ingat kau gila."

"memang" bisik. perlahan.

 dia duduk tenang di seat pertama. beg galas dirangkul kemas. dipeluk. didakap. ada titis jernih di hujung mata. sedih? gembira? entah dia sendiri tak pasti. Akhirnya dia terlena sendiri.

Dia terbangun dek kerana suara pakcik bas yang tak henti-henti memekak.

"tau lah aku nak angkut barang. sial"

"tengok. tak sudah-sudah. cuba kawal sikit marah kau tu"

" I can't tolerate stupidity. and betrayal" hatinya panas. tangannya digenggam kemas.

dia teruskan berjalan. menyanyi kecil. entah. hatinya tenang pagi itu. mungkin kerana udara sejuk yang menghembus. sehingga dia tiba di sebuah rumah lama. usang.

"Assalamualaikum tok. saya balik. lepas ni saya tinggal sini. tak kemana lagi"

rumah peninggalan arwah datuknya. dia terus ke dapur. di ambil dua balang kuih. satu besar dan satu yang kecil. rokok yang berbaki dinyalakan. asap berkepul memenuhi ruang tamu rumah usang itu.

 televisyen tua dihidupkan. walaupun kadang-kadang hilang siaran. masih elok.

dia terus bersila dihadapan beg galas. dibuka zip perlahan-lahan.

berita pagi mula bergema di kaca tv.

dua bungkusan dikeluarkan daripada beg.

"seorang lelaki ditemui mati di apartmentnya di Sri Kembangan pagi ini. Jantung dan otak lelaki tersebut dipercayai telah ditoreh keluar dengan kejam.. motif kejadian masih lagi...."

" puas?" suara itu bertanya

"aku hanya menuntut janji. kau janji, hati dan akal kau hanya untuk aku. Jadi, aku tinggalkan dia dengan jasad kau"

 "....Mangsa dikatakan bakal melangsungkan majlis perkahwinannya berberapa hari sahaja lagi..." pemberita terus berceloteh.

televisyen ditutup. dia kembali merenung dua bekas kuih yang kini berisi jantung dan otak si pujaan hati. dia bangun. simpan dalam peti.













Monday, October 22, 2012

baru kau tahu.

Assalamualaikum everyone.

      well, if ada lagi yang tidak tahu. I am right now doing my internship at Utusan Karya Sdn.Bhd. under majalah Mastika. dan pada suatu hari yang hening, saya dengan gatal gedik telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai promoter selama 8 hari (4weeks because its only on the weekends).

well at first i thought that i'd be okay untill I finally realize, yang fyp gua tak buat mende pun lagi dengan tajuk kena tolak mentah-mentah  gwwjafst5auak. fuuhhh fuhhhh. Rasa menyesal dah mula menerajui setiap urat saraf dan darah namun sudah terlewat untuk kata 'NO'. jadi gua gagahkan pinggang mengayuh jugak kerja ini.

   And last saturday was my first day of work. 10am-10pm. gila abah kau takdapat duduk langsung except waktu rehat which I really-really go and terlentang at surau because my pinggang ache. Ada ke kau pinggang aina? -.-''   well ada okayy. walaupun diselaputi lemak tepu masih ada pinggang di sana. All I can say is, I've been through HELL. It is very very very tiring. because you have to stand all day.

Dan hari Isnin yang mulia ini saya masih kerja masuk opis. sobbs sobbs. feel worse than nepal punya buruh sebab diorang pun reti cuti tauuu. kite 7days per week kerja for the next 3 weeks. but at leasssttt kerja di opis ni duduk atas kerusi boleh pusing-pusing. wuuuuuu

baru kau tahu susah senang nak cari duit kan aina kan. sobbbs.

Friday, October 19, 2012

tiada tajuk

haruslah bukak word tapi tak taip apa-apa langsung lagi. harapan nya by today haruslah siap menaip satu artikel supaya urat kentut tak berselirat nak memikirkan masa hadapan yang kelam. yeah mulai esok bakal kerja setiap hari tanpa henti selama 4 minggu. isnin-jumaat jadi wartawan murahan di Utusan Karya (murahan sebab dapat elaun sikit je) dan hari sabtu ahad jadi penjual barangan yang harapnya berjaya menjual banyak barang. moga-moga kesihatan elok sahaja selama 4 minggu ini. I could not afford to have fever or whatsoever. tengok langit asyik menangis sahaja lately. kalau langit menangis pukul 10 malam esok. aku pasti ikut sama menangis. aku kagum dengan kehebatan motor fair and lovely (as one of my friend named my it) sebab setia tanpa sebarang penyakit setakat ini. kalau dia sakit, maka bakal sakitlah wallet aku.

writer's block aku menjadi-jadi sekarang. pandang blank page boleh bawak menung sampai ke subuh. letihnya macamni.

Thursday, October 11, 2012

111012(2)

jyeah aku dah ingat aku nak cakap pasal apa.

AKU POKAI MOKAI SAKAI DAH NI WOI. BILA NAK BAGI CHECKKKK. DUA RATUS PUN DUIT APAAAAA.

okay itu je. ingat pun akhirnya.

111012

Hidup semakin okay dari hari ke hari. Alhamdulillah. dan dalam ok-ok tu, ada jugak yang tak berapa nak okay. tapi kayuh jelah macam mana pun. kayuh pelan-pelan harap nanti tiba jugak ke puncaknya. apa lanchi sangat ayat aku pagi-pagi ni. -.-

aku ada benda nak cakap tadi. tapi aku dah lupa. anggap jelah entri ini sebagai tanda blog ini masih bernyawa. kalau ada yang kesah. (aku tau tak ada. tapi peduli apa aku )

selamat hari khamis. moga hari ini kita bakal punya pengalaman yang indah.