Wednesday, March 25, 2015

Ansari and zahra





Assalamualaikum. I have wrote about her before. my kakak from virtual world. yeps. might sound pelik to you but yes. we have never really lepak in real life. we always chatted through social media ; facebook, twideer (oh those times) and now Instagram. 

And I have promised to come and meet her baby since past ten thousand years. tapi ada je benda nye yang buat tak jadi. so yesterday, she texted me and in the evening. wallahhh, she's in front of my office.

you dont have any idea how unreal I feel. Its like, mehh, I dont even remember her voice. (kecik je rupanya suara omeyy angat). anddd Zahra is like my bff because we just click. you would have been jealous, seriously. 

I am so happy because at laaaaast we finally met. harapnya lepas ni selalu lah kita lepak sesama lagi. I need to teach Zahra how to annoyed you. cool aunty is cool.

okay, izinkan saya mereput di tepi meja kerana dateline. sempat je kau update blog. boss ingat kita gigih ketuk story. kahkahkah *lap peluh*

this post deserves a picture. my picture. separuh sebab nampak kurus sikit. hiks 

Tuesday, March 17, 2015

senang

Assalamualaikum.

Untuk memudahkan urusan harian dan urusan hati aku. aku rasa yang paling mudah dan berkesan ialah. go with the flow. haritu aku ada masalah dengan seseorang ini yang buat aku rasa 'mehhh, I dont even want to talk to you ever again'. tapi sekarang macam dah okay. hati aku tak sakit bila pandang muka dia. so, I guess thats a good start. One thing that I learned over time is, holding grudges ain't going to take you nowhere. kau hidup kau bernafas sambil sedut segala perasaan sakit hati kau. sampai bila soalnya?

Kan? Aku rasa mudah lagi kalau kau jadi orang yang meminta maaf. No matter how stupid it might sound to you, I did that. and I felt the burden fell off my shoulder.

And yes, aku sedang bergelut dengan masalah hati jugak sekarang ni, kesian aku. dah tua-tua selayaknya dah ada anak tiga baru nak merasa perasaan bangang ni. kahkah. itu pun satu hal, aku go with the flow jela. doa. doa dan terus doa. kalau belum masa, kau buatlah macam mana pun. tak kemana. betul tak? DIA sebaik-baik perancang. Hey, have faith Aina. InshaAllah :)


Monday, February 16, 2015

everything

Assalamualaikum.

everything is scattered all over the place. I dont know how exactly should I react towards it. I dont know if I should be happy or sad, I dont know if I am blessed or cursed, to have too much feelings on everything.

for the very first time in my life, I hope. I really pray things would turn out well. and if it dont, I hope HE will give me the strength to face it with a smile.

gahhhh, writing skills so rusty. *hembus habuk*

Monday, February 2, 2015

Too much

'Too much love could kills you'

Assalamualaikum. Guess it is true. Too much love could kills you. I envy those people who could talk about whats bothering them, whats making them sad. Because I cant.  Not that I dont want to or I dont have anyone I could turn to. But I just cant. I dont know how.

I guess this is just another test for me. *inhales deep breath* 


I pray. I really pray for things to get better.  HE listens. ALLAH listens. InshaAllah. 


Too much love and too much pain. 

Monday, January 19, 2015

patung.

"Assalamualaikummmmm.." Assalamualaikummmmmmm.."

kedengaran bunyi kanak-kanak di luar memberi salam. Aziza membetulkan rambutnya di cermin. fringe dihadapan sengaja dijatuhkan. dia mengoles bibir dengan lipstick merah burgundy. "always my favourite" bisiknya perlahan.

"Waalaikumussalam. Ya, adik cari siapa?"

"cari kakaklah. hihi.." kata kanak-kanak itu sambil tersenyum mempamerkan giginya yang hitam dimakan ulat.

"nahh.."  kanak-kanak itu menghulurkan satu plastik beg. didalamnya ada anak patung. perempuan. nampak baru tapi sudah kotor. mungkin kerana terjatuh.

"mmmmaana..mana kau dapat benda ni!" Aziza tiba-tiba berang. anak patung itu dibuang ke tanah. bahu kanak-kanak itu digenggam kemas. Aziza tak mampu menyorokkan rasa takutnya.

"hihihi..alaa, kan ni kakak punya, kita pulangkan aje.. takkan kakak tak mahu. hihihi.." kanak-kanak itu sambung ketawa tanpa ada rasa takut. seolah-olah tiada apa yang akan berlaku pada dirinya.

*****

"I minta maaf you! I betul-betul minta maaf. I tak mampu nak tipu you ataupun diri I sendiri lagi. maafkan I"  Azmi bersuara kesal.

"NO! we were perfect together! No! I taknak putus dengan you! No! Never!" 

"I tak mampu..." belum sempat Azmi menghabiskan kata-kata. sebatang garfu sudah tercacak di mata kanannya. darah membuak-buak keluar. belum cukup dengan itu. Aziza bagaikan dirasuk syaitan. dia mengambil pula pisau yang berada tidak jauh darinya. 

Dada Azmi ditikam berkali-kali. sehingga basah bajunya dek percikan darah Azmi. bau darah yang segar menusuk ruang pernafasannya. 

"you..I.. arghhh.. suprise.. youuu.." Azmi menghulurkan anak patung itu. ditangannya ada cincin. cincin yang sepatutnya menjadi tanda cinta mereka berdua. 

Aziza terduduk di sisi Azmi. tangannya menggeletar. 

****
Aziza tersedar daripada lamunan. kanak-kanak itu ditolak kasar. aziza berlari masuk ke dalam apartmentnya.

"macam mana dia boleh ada patung tu! aku dah tanam! aku dah tanam dengan Azmi!" Aziza mula histeria.

"kakak.. kakak.. bukakla pintu. hihihi..." 

"pergi! pergi! aku tak sengaja! pergi!!"

"one two..Im coming for you..." kanak-kanak itu menyanyi.

"diamm!! pergiii!! diammm!!" Aziza sudah tak keruan. 

"Three four, better lock the door..hihihi" bunyi ketawanya masih kedengaran.

"Five six, better be safe.."

"seven eight, not gonna make you wait.."

"nine.. ten...."

"ARGHHHHHHHHHHH" bangunan apartment 5 tingkat itu dicemari dengan jeritan Aziza. 

"hmm.. nine, ten.. this is the end..." kanak-kanak itu menjinjit patung yang berdarah di tangan kanannya. 

"hmm.. who's next?" 




*nama watak sekadar rekaan.

Monday, January 12, 2015

takut

Pernah tak kau rasa takut nak ada rasa. Takut semacam ada orang bakal ragut rasa kau dan koyakkan sebelum biar dia dihembus taufan dibawa terbang entah ke mana.

Jadi akhirnya. Kau simpan semua rasa dalam hati kau supaya tak ada yang bakal ambil dia daripada kau.

Aku. Selalu rasa takut macam tu.

*sigh*

Loser.

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye and hello

Akulah manusia yang paling malas pasang azam. Pasang angan. Pasang cita2. Mungkin ada yang rasa 'bleghh perempuan ni bosan gila'. Well, setiap hari aku pasang satu cabaran untuk diri aku laksanakan. 'Hari ini aku nak solat awal waktu!' 'Hari ini aku nak iron baju' 'hari ini aku taknak membazir' and the list goes on. 
Jadi azam tahun baru tu tak berapa kena dengan jiwa aku. 
Kalau ada yang tertanya apa azam aku untuk 2015. Aku rasa, satu yang paling aku nak genggam, adalah mati dalam keadaan tuhan terima amal ibadah aku. (Jika waktunya dah tiba) 

2014, tahun yang mana Tuhan tarik sedikit kawan dan ganti dengan yang baru. Tipu kalau kata tak teringat. Tapi aku percaya Tuhan itu lebih tahu apa yang baik untuk kau. Walaupun kau tak nampak lagi apa sinar cahaya daripada apa yang jadi itu.

2014, tahun yang mana aku belajar jadi dewasa. Selama ini pun aku memang matang dah cuma aku seronok sembunyi dalam perangai keanak-anakan aku. Tahun ini tidak. Well, masih ada perangai budak yang aku rasa biarlah aku simpan sebab eleh kalau serius sangat pun nak pergi mana kan? 

2014, aku boleh kendalikan mesin empat tayar ( duh, keretalah apa lagi!) tahun lepas menggigil kalau pegang stereng tahun ini siap boleh drift lagi. Satu pencapaian I guess. 

2014 ni aku sempat pergi bercuti dengan kawan baik aku. Percutian impromtu yang memang tak ada dalam list. Aku rasa itu antara kenangan indah untuk aku tahun ini. Oh ya, masa birthday aku, turns out yang tahun ini tarikh 7disember itu tak adalah celaka macam banyak tahun sebelumnya. Alhamdulillah. 

2014 kawan baik ditimpa bencana yang hendaknya beri hikmah besar buat diri dia. Semoga dia jadi wanita gagah yang tak hanya reti mengeluh. Buat masa ini aku hanya mampu bantu daripada jauh. Cuma aku harap selepas ini dipermudahkan jalan untuk aku bantu dan terus bantu dia sehingga lengkap kembali semuanya. Semoga dikukuhkan persahabatan kami sehingga ke hujung nyawa. Tak ramai kawan yang aku rasa boleh layan bullshit aku. Tahniah dan terima kasih banyak banyak aku ucapkan pada seorang minah ini. 

2014, aku dah habis idea nak merepek apa. Tapi nak post before 2014 berakhir. 

2015, semoga dipermudahkan segala urusan kita tahun hadapan. Aku harap aku mampu jadi insan,anak, kakak, sahabat yang lebih baik. Aku harap tak ada yang bersedih atau kecil hati sebab aku. Dan kalau ada, aku mohon maaf seribu kali. 

InshaAllah. Semoga dipermudahkan Tuhan. Adios.