Monday, January 19, 2015

patung.

"Assalamualaikummmmm.." Assalamualaikummmmmmm.."

kedengaran bunyi kanak-kanak di luar memberi salam. Aziza membetulkan rambutnya di cermin. fringe dihadapan sengaja dijatuhkan. dia mengoles bibir dengan lipstick merah burgundy. "always my favourite" bisiknya perlahan.

"Waalaikumussalam. Ya, adik cari siapa?"

"cari kakaklah. hihi.." kata kanak-kanak itu sambil tersenyum mempamerkan giginya yang hitam dimakan ulat.

"nahh.."  kanak-kanak itu menghulurkan satu plastik beg. didalamnya ada anak patung. perempuan. nampak baru tapi sudah kotor. mungkin kerana terjatuh.

"mmmmaana..mana kau dapat benda ni!" Aziza tiba-tiba berang. anak patung itu dibuang ke tanah. bahu kanak-kanak itu digenggam kemas. Aziza tak mampu menyorokkan rasa takutnya.

"hihihi..alaa, kan ni kakak punya, kita pulangkan aje.. takkan kakak tak mahu. hihihi.." kanak-kanak itu sambung ketawa tanpa ada rasa takut. seolah-olah tiada apa yang akan berlaku pada dirinya.

*****

"I minta maaf you! I betul-betul minta maaf. I tak mampu nak tipu you ataupun diri I sendiri lagi. maafkan I"  Azmi bersuara kesal.

"NO! we were perfect together! No! I taknak putus dengan you! No! Never!" 

"I tak mampu..." belum sempat Azmi menghabiskan kata-kata. sebatang garfu sudah tercacak di mata kanannya. darah membuak-buak keluar. belum cukup dengan itu. Aziza bagaikan dirasuk syaitan. dia mengambil pula pisau yang berada tidak jauh darinya. 

Dada Azmi ditikam berkali-kali. sehingga basah bajunya dek percikan darah Azmi. bau darah yang segar menusuk ruang pernafasannya. 

"you..I.. arghhh.. suprise.. youuu.." Azmi menghulurkan anak patung itu. ditangannya ada cincin. cincin yang sepatutnya menjadi tanda cinta mereka berdua. 

Aziza terduduk di sisi Azmi. tangannya menggeletar. 

****
Aziza tersedar daripada lamunan. kanak-kanak itu ditolak kasar. aziza berlari masuk ke dalam apartmentnya.

"macam mana dia boleh ada patung tu! aku dah tanam! aku dah tanam dengan Azmi!" Aziza mula histeria.

"kakak.. kakak.. bukakla pintu. hihihi..." 

"pergi! pergi! aku tak sengaja! pergi!!"

"one two..Im coming for you..." kanak-kanak itu menyanyi.

"diamm!! pergiii!! diammm!!" Aziza sudah tak keruan. 

"Three four, better lock the door..hihihi" bunyi ketawanya masih kedengaran.

"Five six, better be safe.."

"seven eight, not gonna make you wait.."

"nine.. ten...."

"ARGHHHHHHHHHHH" bangunan apartment 5 tingkat itu dicemari dengan jeritan Aziza. 

"hmm.. nine, ten.. this is the end..." kanak-kanak itu menjinjit patung yang berdarah di tangan kanannya. 

"hmm.. who's next?" 




*nama watak sekadar rekaan.

No comments: