Sunday, May 10, 2015

Masa

'Hey you got some time?' Elly menekan laju kekunci keypad telefon bimbitnya. 

'Tettt...tettt..' Kedengaran beberapa kali bunyi daripada peranti pintar itu menandakan ada mesej yang diterima 

'Sorry beb, i tgh busy sikit ni, nanti free i text u'  tasha, kawan 'baik' daripada universiti. 

'Weyyy awat, aku dalam wayang ni sorry' mia, kawan sepermainan. 

'Aku nak kena present report esok ni weh, nantilah bila free aku call kau' zaim, kawan yang dianggap sebagai rakan lelaki paling rapat. 

Dan beberapa lagi jenis mesej yang lebih kurang sama bunyinya. Elly terbaring merenung siling. Telefon di tangan dilepaskan buar jatuh ke lantai


* * * * *  *

'Aku tak sangka dia ada masalah besar, sebab dia tak pernah cakap apa-apa pun'-tasha. 

'Teringat dulu dia tolong aku masa aku down kow2 hampir kena buang universiti'- mia


'Apa silap sampai dia sanggup cabut nyawa sendiri. Kalau ada masalah kan masih boleh cerita dengan aku' - zaim. 

Dan begitulah becok mulut bercerita tentang betapa mereka 'mampu' tolong kalau si Elly membuka mulut. 





Cehh. Dunia. 









No comments: