Tuesday, March 4, 2014

keroncong untuk Ana

Assalamualaikum.

Harini aku nak bercerita. cerita tentang seorang daripada entah berapa ratus kawan yang aku ada. kawan yang tak adalah rapat mana. kawan yang orang kata..'biasa-biasa' sahaja.

yang aku perasan,

dia hanya bercakap apa yang perlu. dan setiap kata yang keluar daripada mulut dia tu bunyinya sungguh ikhlas dan jujur. dan dia juga sangat random orangnya. sebagai contoh, pernah satu hari (yang mana masa itu aku memang sangat stress dan berkemungkinan membunuh sesiapa sahaja yang lalu di depan aku) dia lalu dan berhenti di meja aku

"Aina, can I ask you something, Why do you look so sad?"
Yes. selalunya dia memang speaking London sama aku. dengan orang lain elok pulak dia cakap bahasa Melayu. 

tepat pada waktu. atau salah waktu. entah. aku pun taktahu. aku nafikanlah tuduhan dia of course. sebab aku tak tunjuk pun cuma aku kurang bercakap. jadi aku tanya. kenapa dia cakap macam tu?

" Because I dreamt of you. And you looked so sad but I didn't got the chance to ask why. in that dream"
terus aku rasa budak ni bela hantu. Haha I kid I kid. yes. serandom itulah dirinya. dan dia ada banyak ciri-ciri muslimah yang aku suka. berilmu tapi tak berlagak dengan ilmu. sangat sederhana. cara bercakapnya. cara ketawa. cara makan. cara berbelanja. Tak memandang dan tak dipandang. sempoi.

Aku selalu perhatikan dia. Lepas Imam habis baca doa untuk solat jemaah. lepas habis semua bersalam. dia akan duduk balik atas sejadah. Lama. Diam. dan menangis. pernah juga aku tanya kenapa nangis ni ada masalah apa-apa ke?

jawapannya mudah. "Saya memang Emo kalau berdoa ni Aina, biasalah, orang banyak dosa"

PANGGGG *efek pelempang guna kaki di muka* yang kita ni panas bontot. sekejap sahaja berdoa. itu pun dalam kepala siap siap susun apa nak buat lepas solat.

Allah. hinanya aku.

Semoga Allah swt masih punya cinta dan kasih untuk bantu aku dan kau (sesiapa yang mungkin terbaca) mencari jalan menuju redhaNya. InshaAllah.


No comments: