Wednesday, October 24, 2012

jantung hati

Petang itu redup. Hembusan asap beracun yang keluar daripada corong hidungnya rasa segar. mint.

"apa yang sedap sangat ntah"  tapi mulutnya terus menyedut kepulan asap beracun itu

" yang kau cuba siapa suruh?" suara itu menegur. selamba.

"dah terbiasa" balasnya.

earphone dicucukkan ditelinga. Pemain Cd itu terus memutarkan lagu. Dia dalam dunianya sendiri. zip beg ditutp rapat. Dia harus memulakan perjalanannya kembali.

"tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu woww" laungnya sekuat hati. mengikut alunan lagu yang hanya dia yang dengar. ada beberapa pasang mata yang sedang memerhati.  "Fuck off.. " selamba dia berkata.

"tak sudah-sudah perangai mencarut kau tu"

 "aku unik"

dia masih meneruskan perjalanannya. tiket bas di tangan digenggam rapi.

" ku berpegang pada janji, tercipta antara kita dulu..."

"sudahlah, nanti orang ingat kau gila."

"memang" bisik. perlahan.

 dia duduk tenang di seat pertama. beg galas dirangkul kemas. dipeluk. didakap. ada titis jernih di hujung mata. sedih? gembira? entah dia sendiri tak pasti. Akhirnya dia terlena sendiri.

Dia terbangun dek kerana suara pakcik bas yang tak henti-henti memekak.

"tau lah aku nak angkut barang. sial"

"tengok. tak sudah-sudah. cuba kawal sikit marah kau tu"

" I can't tolerate stupidity. and betrayal" hatinya panas. tangannya digenggam kemas.

dia teruskan berjalan. menyanyi kecil. entah. hatinya tenang pagi itu. mungkin kerana udara sejuk yang menghembus. sehingga dia tiba di sebuah rumah lama. usang.

"Assalamualaikum tok. saya balik. lepas ni saya tinggal sini. tak kemana lagi"

rumah peninggalan arwah datuknya. dia terus ke dapur. di ambil dua balang kuih. satu besar dan satu yang kecil. rokok yang berbaki dinyalakan. asap berkepul memenuhi ruang tamu rumah usang itu.

 televisyen tua dihidupkan. walaupun kadang-kadang hilang siaran. masih elok.

dia terus bersila dihadapan beg galas. dibuka zip perlahan-lahan.

berita pagi mula bergema di kaca tv.

dua bungkusan dikeluarkan daripada beg.

"seorang lelaki ditemui mati di apartmentnya di Sri Kembangan pagi ini. Jantung dan otak lelaki tersebut dipercayai telah ditoreh keluar dengan kejam.. motif kejadian masih lagi...."

" puas?" suara itu bertanya

"aku hanya menuntut janji. kau janji, hati dan akal kau hanya untuk aku. Jadi, aku tinggalkan dia dengan jasad kau"

 "....Mangsa dikatakan bakal melangsungkan majlis perkahwinannya berberapa hari sahaja lagi..." pemberita terus berceloteh.

televisyen ditutup. dia kembali merenung dua bekas kuih yang kini berisi jantung dan otak si pujaan hati. dia bangun. simpan dalam peti.













3 comments:

Sayid Ann Ima said...

whoa ho ho...sangat nice...I like... X)

AAINA said...

haha. sayid sorg je suka -.-

Sayid Ann Ima said...

beeessst
mesti la suka
heee
XD