Friday, January 6, 2017

6/365

Assalamualaikum.


Sebab haritu aku tak edit pun post dan sums up keseluruhan tahun 2016 aku. biarlah aku mula dengan tahun baru. Sedikit ujian di awal tahun, Ojen. kucing yang aku bela dah 6 tahun, hilang kena curi. Satu keluarga meoroyan dua tiga hari. Masih bersedih sampai sekarang sebab sayang. Semoga yang ambil tu sayang dia sesayangnya kami pada dia.

New year resolutions. I really dont believe that shit tapi adalah sikit-sikit angan yang aku sempat pasang tahun ini. Semoga tahun ini, mampu hafal lebih banyak surah-surah pendek buat bacaan dalam sembahyang. Nak khatam Al-Quran 2 kali, lebihkan ibadah. lebihkan senyum. lebihkan sedekah. Bukan apa, aku rasa kita semua tak punya banyak masa untuk semua ni. Sekurang-kurangnya kalau 'dijemput' nanti adalah 'bekal' buat masa lapar.

Masih belum ada sinar nak berdua atau bertiga atau berberapa-berapa. haha. Semoga tahun ini dimurahkan rezeki kerja, rezeki nak berkhidmat untuk keluarga. Semoga ditetapkan hati dengan jodoh yang tepat. Yang akhir hendaknya. Semoga diteguhkan hati kami dengan rasa 'sayang' ini  kerana Tuhan.

Semoga insan-insan yang aku sayang semuanya dilimpahkan kurnia yang indah daripada Tuhan. Semoga yang menanti cahayamata, dikurniakan yang soleh-soleh semuanya. Yang menanti jodoh, dipercepatkan dan dipermudahkan urusan, yang mencari kerja, diberikan rezeki melimpah luah, yang mencari jalan menuju Tuhan, dibukakan jalan seluas-luasnya.

Semoga adik-adik aku cemerlang pelajaran, cemerlang kesihatan, cermerlang dan bertambah iman. semoga mama babah masih sihat tanpa sebarang sakit kronik.

Kalaupun ada ujian melanda, semoga dengan ujian itu, menambah iman dalam hati, meneguhkan diri dengan agama. menjadikan kita lebih kuat daripada sebelumnya.

Semoga, segala yang indah-indah ditakdirkan laluannya dalam hidup aku, dan mereka-mereka yang aku sayang.

Semoga kita sentiasa, bersyukur dengan nikmat Allah. Amin.



(boleh tahan serius juga aku sekarang, hehe)



No comments: