Saturday, November 17, 2012

jadi

jadi kecamuk itu rasa dia lebih teruk daripada kusut ya?  entahlah aku rasa serba tak kena. ke kiri salah, ke kanan salah, di atas salah, di bawah salah. tak sedap semuanya. ya aku kunyah dan telan. aku hirup dan telan. aku kenyang dalam lapar. aku penuh tapi kosong. entah mana salahnya.

jadi dunia itu indah tapi derita ya? entah aku rasa kecewa. aku gembira dalam sedih, aku puas tapi hampa, aku senyum dalam tangis. jadi apa sebenarnya yang sedang aku rasa?

jadi kau sama pernah rasa tak berguna? kau nak bantu. tapi kau tak tahu.
jadi kau buat tak mengerti, walhal waktu itu kau sendiri separuh mati.

jadi bila setiap kali kau pejam mata. kau cuba lihat sejauh mungkin. mana tahu ada sedikit cahaya. buat suluhan hati yang makin gelita. tapi kau hampa. kerana kau belum berjumpa.

jadi, seramai mana pun mereka. yang katanya. akan bersama.
kau akhirnya sendiri juga.

jangan kau punah.
sekarang bukan waktunya
belum masanya
jadi

aku pohon kau tetap teguh berdiri. biarpun nanti, kau cuma ada sebelah kaki.




ucapan selamat hari lahir untuk ayahanda tercinta. Semoga diberi kesembuhan dan sentiasa berada dalam lindungan dan lingkungan rahmatNya. Amin. Insya-Allah






No comments: