Pernah tak kau rasa takut nak ada rasa. Takut semacam ada orang bakal ragut rasa kau dan koyakkan sebelum biar dia dihembus taufan dibawa terbang entah ke mana.
Jadi akhirnya. Kau simpan semua rasa dalam hati kau supaya tak ada yang bakal ambil dia daripada kau.
Aku. Selalu rasa takut macam tu.
*sigh*
Loser.
Monday, January 12, 2015
Wednesday, December 31, 2014
Goodbye and hello
Akulah manusia yang paling malas pasang azam. Pasang angan. Pasang cita2. Mungkin ada yang rasa 'bleghh perempuan ni bosan gila'. Well, setiap hari aku pasang satu cabaran untuk diri aku laksanakan. 'Hari ini aku nak solat awal waktu!' 'Hari ini aku nak iron baju' 'hari ini aku taknak membazir' and the list goes on.
Jadi azam tahun baru tu tak berapa kena dengan jiwa aku.
Kalau ada yang tertanya apa azam aku untuk 2015. Aku rasa, satu yang paling aku nak genggam, adalah mati dalam keadaan tuhan terima amal ibadah aku. (Jika waktunya dah tiba)
2014, tahun yang mana Tuhan tarik sedikit kawan dan ganti dengan yang baru. Tipu kalau kata tak teringat. Tapi aku percaya Tuhan itu lebih tahu apa yang baik untuk kau. Walaupun kau tak nampak lagi apa sinar cahaya daripada apa yang jadi itu.
2014, tahun yang mana aku belajar jadi dewasa. Selama ini pun aku memang matang dah cuma aku seronok sembunyi dalam perangai keanak-anakan aku. Tahun ini tidak. Well, masih ada perangai budak yang aku rasa biarlah aku simpan sebab eleh kalau serius sangat pun nak pergi mana kan?
2014, aku boleh kendalikan mesin empat tayar ( duh, keretalah apa lagi!) tahun lepas menggigil kalau pegang stereng tahun ini siap boleh drift lagi. Satu pencapaian I guess.
2014 ni aku sempat pergi bercuti dengan kawan baik aku. Percutian impromtu yang memang tak ada dalam list. Aku rasa itu antara kenangan indah untuk aku tahun ini. Oh ya, masa birthday aku, turns out yang tahun ini tarikh 7disember itu tak adalah celaka macam banyak tahun sebelumnya. Alhamdulillah.
2014 kawan baik ditimpa bencana yang hendaknya beri hikmah besar buat diri dia. Semoga dia jadi wanita gagah yang tak hanya reti mengeluh. Buat masa ini aku hanya mampu bantu daripada jauh. Cuma aku harap selepas ini dipermudahkan jalan untuk aku bantu dan terus bantu dia sehingga lengkap kembali semuanya. Semoga dikukuhkan persahabatan kami sehingga ke hujung nyawa. Tak ramai kawan yang aku rasa boleh layan bullshit aku. Tahniah dan terima kasih banyak banyak aku ucapkan pada seorang minah ini.
2014, aku dah habis idea nak merepek apa. Tapi nak post before 2014 berakhir.
2015, semoga dipermudahkan segala urusan kita tahun hadapan. Aku harap aku mampu jadi insan,anak, kakak, sahabat yang lebih baik. Aku harap tak ada yang bersedih atau kecil hati sebab aku. Dan kalau ada, aku mohon maaf seribu kali.
InshaAllah. Semoga dipermudahkan Tuhan. Adios.
Sunday, December 7, 2014
December 7th
Selamat hari lahir yang ke25 Aliaa Aaina Izyan Hasan. Syukur pada tuhan masih beri peluang kau hirup udara tanpa perlu mesin sokongan.
Alhamdulillah.
7 Disember. Kalau punya rezeki dan kesempatan. Kita jumpa tahun depan. Insha-Allah
Friday, December 5, 2014
mehh
Assalamualaikum.
Listening to Coldplay while updating this blog. Its been a while I guess. I wanted to write but I dont have any idea on what I should be babbling about. Its December. My favourite month of the year. December brings so much butterflies to my stomach. Not that something special would happen but thats just how December feels to me.
theres a difference between a 'good friend' and a 'best friend' okay. ada beza! tetiba sangat kan. tapi lantak lah. lol
oh, its Irni final day here. She got new job somewhere else. she gave me something just now which brought tears to my eyes. she is a very lovely girl who constantly reminds me to be nice without being annoying. I am so thankful God sends me these kind of people in my life.
and yah, Ansari said she had a new blog but she wouldnt let me know the url to her blog. That women is getting married to Azrul this coming 12/12/14. Idk why she wouldnt just get married on my birthday. senang sikit nak ingat my birthday mehhhhh. she said she read this blog time to time. so, hello ansari! *waves hand*
last but not least, Happy sangat dua tiga hari ini. aku takut pulak bakal nangis terbelalak. wait, is there such word as terbelalak? lantak sana.
Happy Friday everyone.

Wednesday, November 19, 2014
---
Assalamualaikum.
Kalau ada orang yang terkejut dengan berubahnya kamu ke arah yang entah kemana mana hala tujunya. Itu adalah aku.
Allahuakhbar.
Aku kenal kau siapa. Well, I used too. Mungkin sakit kau rasa buat kau jadi lagi kejam daripada... Entahlah.
Tak mengapalah bro. Hiduplah. Senyumlah. Gembiralah kau sana. Tinggallah apa sahaja yang buat kau sakit dibelakang. Jangan pandang lagi. Jangan kenang langsung lagi.
Aku doakan kau tabah. Semoga sepuluh tahun daripada sekarang, kita semua mampu kenang hari ini dan ketawa atas bodohnya emosi kanak-kanak kita.
Semoga.
Saturday, October 25, 2014
Sebab musabab
Assalamualaikum.
Blog. Why blogging? That is so two thousand seven whateversss.
Because i still need someplace where i could pour all my thoughts. A place where i could keep my shits.
Its a diary. I may want to read it years from now.
Pss. Baca blog kawan yang lama dia tak update. Gelak guling guling sampai kejang pipi.
Tuesday, October 14, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)