Jadi azam tahun baru tu tak berapa kena dengan jiwa aku.
Kalau ada yang tertanya apa azam aku untuk 2015. Aku rasa, satu yang paling aku nak genggam, adalah mati dalam keadaan tuhan terima amal ibadah aku. (Jika waktunya dah tiba)
2014, tahun yang mana Tuhan tarik sedikit kawan dan ganti dengan yang baru. Tipu kalau kata tak teringat. Tapi aku percaya Tuhan itu lebih tahu apa yang baik untuk kau. Walaupun kau tak nampak lagi apa sinar cahaya daripada apa yang jadi itu.
2014, tahun yang mana aku belajar jadi dewasa. Selama ini pun aku memang matang dah cuma aku seronok sembunyi dalam perangai keanak-anakan aku. Tahun ini tidak. Well, masih ada perangai budak yang aku rasa biarlah aku simpan sebab eleh kalau serius sangat pun nak pergi mana kan?
2014, aku boleh kendalikan mesin empat tayar ( duh, keretalah apa lagi!) tahun lepas menggigil kalau pegang stereng tahun ini siap boleh drift lagi. Satu pencapaian I guess.
2014 ni aku sempat pergi bercuti dengan kawan baik aku. Percutian impromtu yang memang tak ada dalam list. Aku rasa itu antara kenangan indah untuk aku tahun ini. Oh ya, masa birthday aku, turns out yang tahun ini tarikh 7disember itu tak adalah celaka macam banyak tahun sebelumnya. Alhamdulillah.
2014 kawan baik ditimpa bencana yang hendaknya beri hikmah besar buat diri dia. Semoga dia jadi wanita gagah yang tak hanya reti mengeluh. Buat masa ini aku hanya mampu bantu daripada jauh. Cuma aku harap selepas ini dipermudahkan jalan untuk aku bantu dan terus bantu dia sehingga lengkap kembali semuanya. Semoga dikukuhkan persahabatan kami sehingga ke hujung nyawa. Tak ramai kawan yang aku rasa boleh layan bullshit aku. Tahniah dan terima kasih banyak banyak aku ucapkan pada seorang minah ini.
2014, aku dah habis idea nak merepek apa. Tapi nak post before 2014 berakhir.
2015, semoga dipermudahkan segala urusan kita tahun hadapan. Aku harap aku mampu jadi insan,anak, kakak, sahabat yang lebih baik. Aku harap tak ada yang bersedih atau kecil hati sebab aku. Dan kalau ada, aku mohon maaf seribu kali.
InshaAllah. Semoga dipermudahkan Tuhan. Adios.
No comments:
Post a Comment