macam baru semalam dengar bait alunan lirik lagu ini keluar daripada mulut dia. kenangan jadi back-up singer dan kena marah dengan dia. sebab main-main masa latihan. pura-pura garang tapi hati baik dan muka comel macam teddy bear. entah kenapa orang boleh panggil dia bonzer. mungkin kerana fizikal yang agak besar.
baru nak lelapkan mata dapat satu mesej daripada rakan. yang memberitahu pemergian dia menghadap yang Esa. Hafiz Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Bonzer telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. aku difahamkan kerana sakit jantung.
Bonzer, lelaki baik yang lebih disayangi Maha Esa.
bonzer betul-betul sudah terbang tinggi. tak tergapai tangan kami. Al-fatihah.
You will always be missed. always.
No comments:
Post a Comment