Its crazy when my music playlist in my phone knew just how I feel. I feel calm. and all the songs that randomly played plays the calm soothing music as well.
Its really hard for me to finish what ever I wanted to say nowadays. like I said before, the thoughts will stuck di tengah jalan. I took more time than ever trying to finish whatever I am going to say.
2012 will be leaving us less than 24 hours.
banyak jugak suka duka aku sepanjang tahun ini. dan tahun-tahun sebelumnya.
2012 I decided to change. to the better Insha-Allah. changing is easy. nak kekal istiqamah itu yang payah.
dan sememangnya amat payah untuk kekal tanpa aku jatuh berkecai.
ada satu tahap aku rasa aku takkan boleh berjaya berubah ke arah sana. tapi iman aku yang sedikit ini suruh aku tetap yakin pada pilihan aku yang dahulu. jadi aku masih cuba kayuh perlahan.
2012 adalah tahun yang bahagia-derita-bahagia-tak ada rasa-kembali derita-bahagia dan the list goes on.
pertama kali dapat dean's list tahun ini. masa semester 4. bangga? not really. more to terkejut mungkin. Alhamdulillah.
Masuk mastika. menulis. nama keluar dalam majalah. bangga? tak jugak rasanya. lebih kepada rasa tak percaya. yalah, dulu baca mastika sekarang jadi sebahagian daripada inti isinya.
berkawan dan putus kawan dan berkawan semula dan ditinggal kawan kembali kawan dengan kawan yang lama rasa tak kawan dengan dia.
susah simpan dendam ni sebenarnya. rasa tak puas hati tu buat kau rasa nak mendoakan yang buruk-buruk kat orang lain. dan aku pilih jalan mudah. aku lupa. okay taklah mudah mana sebab nak lupa tu bukan senang. tapi aku cuba lupakan. dan satu hari yang mulia nanti. Aku harap, aku mampu maafkan. dengan ikhlas. dan aku mampu duduk depan muka bertentang mata sambil berbual perkara yang entah apa-apa.
Aku sendiri bukan kawan yang baik. jadi what goes around comes around sebenarnya. ni apakejadah yang aku cuba sampaikan aku sendiri pun tak tahu. alah, lantak lah. kau baca. kau faham. apa yang kau faham mungkin tak sama dengan apa yang aku cuba nak kau faham. faham?
once, ada pakcik ni suruh aku lembutkan hati, katanya hati aku banyak simpan dendam. lembutkan hati. jangan keras sangat menghukum. aku cakap pada pakcik itu, kalau sekarang dia rasa aku keras hati. dia patut jumpa aku enam, tujuh tahun yang lepas. mungkin dia panggil aku hati batu kayu.
jadi pesan aku pada semua. stop judging. alah sebenarnya lantak kau lah nak judge aku macam mana pun. tapi jangan cakap dekat aku. mana pergi aina yang dulu mana pergi aina yang happy blablabla. sebagai mana kau bebas nak judge aku. suke hati aku jugaklah nak hidup macam mana. ye dak? biasalah hidup manusia ada pasang surut. kan? (ni bukan ditujukan pada kau Read: cikkay yang kadang2 butthurt tak tentu hala -.-)
lepas tu tahun 2013 ni aku teringin jugak nak jadi pendiam. tapi aku takut cikkay dan keluarga aku bakal minum ubat batuk berlebihan. kerana tak boleh terima perubahan aku ni. jadi semua ini masih dalam pertimbangan akal.
satu yang aku perasan sangat obvious pada diri aku. selain daripada seluar aku kembali ketat. aku dah makin malas mendengar. orang-orang tertentu je bakal dapat perhatian aku. dan yang lain aku hanya akan dengar sipi-sipi telinga langsung mengubah topik. salah satunya sebab cerita lu orang sangat kliche. dan nasihat gua lu orang bukan dengar pun. lepas tu expect gua nak tadah telinga dengar benda yang sama berulang kali. two words for you. pegi mati.
kalau kau rasa aku tak layak berkongsi waktu ketawa kau. jangan cari bahu aku waktu kau menangis terbelalak jatuh terbongkang nanti. okay?
ok ini dah jadi entri bukan mengenang tahun 2012. macam entri meluah perasaan terpendam sepanjang tahun je. haha
serampang mata berjuta, siapa terasa mohon bagitahu segera, kahkah
*aku tulis ini tahun lepas (read:semalam) tapi post hari ini. setahun perap entri woi.
hadiah tahun baru. k barulah wempitzz
No comments:
Post a Comment