Saturday, December 15, 2012

ALONG

masa dulu aku dan along adalah dua makhluk yang selalu buat mama dan babah biol. biasalah dengan kedegilan tahap jin afrit. sorang bagi cadangan, dua-dua melaksanakan. pendek kata kami memang sangat bersatu daripada segala aspek.

beza umur 5tahun tak menjadi masalah untuk kami kamceng. jadi sampai sekarang aku tak paham konsep adik beradik tak ngam ni. 

tapi along ni boleh tahan celaka. dia suka memanipulasikan aku yang waktu itu kecil dan naif, untuk mendapatkan apa yang dia hajati. contohnya, ada satu masa tu dia guna duit saku aku untuk beli mercun, dia racun aku kow-kow suruh beli mercun tu. dah macam direct selling dah. tapi pengakhirannya dia je yang main sorang, aku hanya mampu tengok duit aku hangus terbakar berderai menjadi debu-debu cinta. k over.

dan setelah aku dapat adik lagi 2 orang tu, along terus menjadi hero di hati ku, (puih geli pulok rase)
sebab dia sentiasa melindungi aku yang cengeng tak boleh kena usik ni. budak-budak satu taman dengan aku mana berani cari hal. mau kau kena silambam dengan along. 

teringat satu kes dia belasah budak yang menyebabkan kaki aku luka kena api. sebab budak tu sepak bara api kena kaki aku. babi betei budak tu nasib baik aku tak ingat muka dia tapi parut tu masih ada dekat jari kaki aku. 

dan along jugak yang menjebakkan aku kedalam kancah-kancah ponteng puasa, biasa masa tu kecik rasa mcm kool gila tak puasa biarpun hanya minum air je sebagai juadah buka. 

aku jugak selalu siapkan kerja sekolah along. dia lah idola aku dalam bab-bab menyiapkan kerja sekolah setahun sekali. sebab dia aku pun terikut perangai tu masa sekolah menengah, membawak lah bila masuk universiti, last minute is awesome people (walhal aku serabut fyp taktahu menda ni haytwhqkhaka)

dan sebagai abang, aku salute jugak along setia melayan kerenah aku yang tidak ber boyfren ini. tengok wayang, jalan-jalan window shopping, beli handphone, cari baju annual dinner, beli gajet laptop, membawaklah ke membeli pakaian dalam, dia setia je teman aku. 

dan suatu ketika dulu dikala aku baru berjinak-jinak dengan eyeliner dan maskara, mata along dah jadi papan conteng untuk aku test power setelah mata sendiri pedih asyik padam eyeliner. dia redha. 

bagi mereka yang memang kenal aku. well aku memang suka menyanyi biarpun suara aku tak sedap, along pulak hebak main gitar, jadi aku selalu suruh dia main lagu yang aku suka sambil aku menyanyi fenfeeling retis.

dan sebagai anak yang tak pernah hidup jauh di perantauan. sewaktu dapat tawaran ke terengganu untuk buat TESL, hati aku memang tak tenang. well, biasa kalau jatuh ada orang sambut, ini kalau jatuh tersembam sorang. memang noharom sangat peasaan waktu itu. dan masa nak naik bas aku salam along, pergh nangis macam nak pegi perth ostrolia, walhal terengganu je pong.

dan waktu mula-mula artikel aku keluar dalam majalah mastika. dia sangat excited. he insisted on having that one copy of mastika that i brought home. muka dia sangat ikhlas masa dia kata " bangga aku kau tulis ni ngah!"

aku tak pernah mengaku, tapi aku terharu bila dengar ayat tu.

tipulah kata tak pernah gaduh kan. nama lagi adik beradik. bila gaduh memang hardcore sikit, baling semua yang dalam capaian tangan, mulut memaki hamun habis satu zoo punya haiwan disebut. tapi, air dicincang takkan putus bro. marah macam mana pun memang tak boleh lama punya. dah daripada kecik membawak ke besar pandang muka dia. 

i talked about him so little nowadays, sampai ada yang taktahu aku ada abang,

jadi kisahnya, hari ini ulangtahun kelahiran abang aku yang ke 28. tadi masa aku wish dia, dia balas, "sorry ngah tak wish birthday kau haritu, happy belated birthday"

tiba-tiba mata aku panas dan aku laju menaip entri ini.

aku tau along tak baca pun blog ni, dia taktahu pun blog ni wujud, tapi bro, aku doakan kesejahteraan kau setiap hari, apa yang jadi dalam keluarga kita, hanya kita yang tahu. selamat ulangtahun yang ke 28 along. semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNYA. aku nak taip i love you tapi geli pulak. eh dah tertaip. 

HAPPY BIRTHDAY ALONG!




3 comments:

Sayid Ann Ima said...

happy b-day to him too
I've always wanted an older bro
heee
>.<

AAINA said...

haha. i wanted an older sister. manusia mmg cmtu -.-

Sayid Ann Ima said...

Sayid eldest
x pernah merasa di protect
heee
-mengada jap-